Masjid Selat Melaka yang telah dibina di tengah-tengah pusat perniagaan bandar hilir bertempat di lokasi strategik Pulau Melaka berhadapan dengan laut Selat Melaka adalah mercu tanda baru di negeri ini. Idea pembinaan Masjid ini telah diilhamkan oleh Y.A.B Datuk Seri Hj Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka. Masjid ini dinamakan Masjid Selat Melaka kerana telah dibina diatas pulau buatan yang berada di Selat Melaka yang mana merupakan Selat terpanjang dan tersibuk di dunia. Keluasan Masjid ini 1.8 hektar persegi.. Masjid ini mula dibina pada bulan julai tahun 2003 dan telah siap dan digunakan pada 29 ogos 2006. Masjid Selat Melaka ini telah dirasmikan oleh SPB Yang Di-Pertuan Agung ke XII iaitu Tunku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tunku Syed Putra Jamalullail pada 24 Nov 2006M bersamaan 3 Zulkaedah 1427H.
Masjid ini bercirikan seni bina Melayu dan campuran Arab dan Melayu. Konsep ini jelas dapat dilihat pada binaan kubah,binaan Muqarnas dan bumbung menara di sekeliling masjid. Masjid dibina atas permukaan air laut ini mempunyai persiaran kaki lima yang luas boleh berada di bahagian tepi dan belakang masjid. Pembangunan Landskap di hadapan masjid memberikan ketenangan kepada pengunjungnya.
Sumber : emasjid
No comments:
Post a Comment